Thursday, April 21, 2011

TQ Big Boss

Toce..toce..my lady boss Mrs Francess coz bg souvenir made in Korea lg...igt gak kt staff dia yg kuat melawan ni tp ckp blakang2 jela hehehe..

Sunday, April 10, 2011

Kecuaian Diriku


Kesian Yaya kaki terkena air panas, nasib baik kaki bukan badan..
Walaupun kaki sakit tapi Yaya still nk pg sekolah..

Sunday, March 27, 2011

Selamat Hari Lahir Anakku

Kek ini khas utk kawan2 yaya kat tadika Al Fawwaz

 Hehe...kek ini plak utk majlis di rumah plak...bertuah Yaya dpt 2 kek....

Thursday, March 17, 2011

PUNCA RAMBUT BERUBAN

Tahukah anda mengapa rambut beruban?. Yang sebenarnya uban bukanlah hanya di sebabkan oleh faktor usia sahaja tetapi uban juga berlaku pada peringkat remaja malahan kanak-kanak juga.

Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya.

Menurut kajian dari bidang dermatologi Universiti England, terputusnya rantai reaksi inilah akan memberi implikasi terjadinya senario rambut putih di kalangan manusia.

Actualy, warna rambut telah ditentukan kepada kuantiti dan jenis-jenis melanin dalam setiap helai rambut. Terdapat 2 jenis melanin pada rambut iaitu Eomelanin (warna hitam) dan Phaeomelanin ( warna kuning).

Selain dari itu rambut beruban berlaku apabila sel-sel bulbar melanogenetik mengeluarkan sel melanin. Jika rambut anda berwarna perang bermakna sel-sel bulbar melanogenetik masih mengeluarkan melanin tetapi masih tidak mencukupi.

Sebab-sebab terjadinya rambut beruban adalah seperti berikut:
1. Faktor genetik. Ia memang tidak boleh dicegah kerana metabolisme pembentukan pigmen pada orang tua yang mengalami rambut beruban lebih awal boleh berlaku pada anak mereka.

2. Kekurangan vitamin. Tubuh yang kekurangan vitamin B dan zat besi akan cepat berlakunya pertumbuhan uban.

3. Kekurangan gizi, boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotien sangat di perlukan oleh tubuh untuk pembentukan enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

4. Gaya hidup. Terdedah kepada asap rokok menambahkan radikal bebas dalam tubuh. Anda yang kerap merokok mempercepatkan tumbuhnya uban.

5. Rawatan yang tidak sesuai. Jika anda sering mewarnakan rambut, juga merupakan faktor rambut cepat beruban. Proses pewarna yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

6. Kesan radiasi. Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser sangat epat membantu pertumbuhan uban.

Wednesday, March 9, 2011

Uwekkk....Malang nasibku

Hari ni pergi The Store dgn DA geng..on way balik kete berat sebelah tgk2 tayar kete pancit
fuhhh...nasib baik kedai tayar depan jalan jer terus tukar tayar...kpd DA geng sowi yek sume masuk office
lewat, cian kt Azie dia pose plak...Dugaan....